Tuesday, June 10, 2008

Kehilangan connection aku jadik bingung..



Sudah lama rasanya aku tak update. event yang berlaku terlalu banyak yang telah berlalu tanpa rekod. last yang bole aku recall naik ke bangunan tinggi. dah la aku ni jenis manusia gayat yang berpeluh tangan bila pandang ke bawah. tak dapat bayang kan macam mana pak jawa buat bangunan ni dulu. belum lagi bangunan berkembar yang hampir ke seratus tingkat. macam impian cuci nak cuci tingkap ala pelakon stunt. paling best masa hujan. aku dapat tgk awan hitam bergerak dan hujan rahmat turun. rezeki pak jawa tak payah keje.


Lagi aku pergi mencandat sotong ke ganu. tak dapat bayangkan macam mana perasaan semasa event di jalankan dengan keadaan yang tidak mabuk laut. mulanya terpikir akan ada 4,5 orang manusia yang akan jadik mangsa mabuk laut. Alhamdulillah kesemua yang pergi selamat dari efek yang sering jadik bualan sebelum pergi. mungkin berkat majun yang dibeli dari 7 E. tekong bot otai handel bot pakai kaki. mungkin dari dulu ini la kenderaan yang digunakan mencari rezeki, tapi aku belum pernah lagi jumpa orang bawak lori pakai kaki.

Lagi saudara tuaku pergi berhijrah mencari rezeki. Mungkin dah rezekinya mencari rezeki dengan menaiki kapal terbang 12 jam. semoga aku pun ada tempias dengan rezekinya nanti. hehehe. teringat dengan kata kata mak waktu saudara tua m
elangkah pergi, " dia la yang badan paling kecik, tapi hati dia la yang paling besar". mungkin mak dah mula rasa rindu sebab saudara tuaku akan lama tidak pulang menjenguk.


Lagi isu besar masa kini pasal minyak naik lagi. ada hikmahnya aku berpindah dekat dengan tempat aku mencari rezeki dengan ada koneksi free. baru seminggu aku di sini minyak naik lagi. tak tau la macam mana nak cakap lagi sebab mmg dah nak jadik. negara ada minyak sendiri tapi harga minyak naik lagi. kalau dari segi logik akal aku sendiri kenapa nak naikkan minyak dekat negara sendiri kalau harga minyak dunia naik lagi. bukan ke sepatutnya kita untung banyak lagi. kan negara kita ada minyak sendiri.


lain kali aku sambung lagi.




No comments: