Tuesday, October 6, 2009

Smart Oldman...


by someone on the net... nice one..

I took my dad to the mall the other day to buy some new shoes (he is 92).

We decided to grab a bite at the food court. I noticed he was watching a teenager sitting next to him. The teenager had spiked hair in all different colors: green, red, orange, and blue.

My dad kept staring at him. The teenager would look and found him staring every time. When the teenager had had enough, he sarcastically asked, "What's the matter old man, never done anything wild in your life?"

Knowing my Dad, I quickly swallowed my food so that I would not choke on his response, knowing he would have a good one, and in classic style he did not bat an eye in his response.

"Got drunk once, and had sex with a peacock. I was just wondering if you were my son."

Saturday, October 3, 2009

Antara Hak dan Keberkatan...

Dua hari lepas aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan lama.

rakan : hello geng apa bikin?
aku : lar ko ke lama tak dengar citer.
rakan : hahah ingat lagi ke sama aku geng. so macam mana geng yang lain.
aku : sume ada lagi. ko sarang je yang dah lama pegi.
rakan : ok ok.. hmm i nak inform you all la. You all been suspected using illegal software.
aku : yer ke. macam mana tuh.
rakan : haiya kawan. sume projek lu olang sapu tapi license ada 2 aje.yang zaman window 95 you all ada satu. yang baru pun bukan full version.tapi sume project lu orang angkat. mesti suspec maaa...
aku : hahahaha yer ke. abis la macam ni. so macam mana.
rakan : macam ni. kami akan buat spot check to all premises. not only you all. tarikh tak confirm lagi. apa kata you all upgrade je. takde la orang queries.
aku : OK ok ... nanti ko faxkan aku quotation berapa.
rakan : ok geng. i bagi tau you awal. nanti senang. orang lain I nak serbu je.
aku : ok ok .. nanti ko belanja aku makan.. hahahah
rakan : ok geng bye.. say hi to all ..
aku : ok bye. jangan curi pokok aku kat barn buddy. ..
rakan : hahahahaha

Selepas panggilan ini nampaknya aku terpaksa la membeli yang original. Memang dah lama aku suruh mereka beli yang original new version. Tapi sume alasan takde budget. Dah dua tahun aku suruh patutnya dah ada budget untuk membeli yang original.

Kemudian semalam seorang lagi sahabat menyuarakan lagi pendapat berhubung dengan kes ini. Dia sms aku.

sahabat : Hmm bagus la klu nak beli. Aku pun dah pening dengan software haram ni. Dalam Islam apa hukum dia aaa..?
aku : aaaaa..
sahabat : Habis tuh berkat ke kerja kita bro? Dah la time study banyak pakai buku photostat...
aku : Hmm....

Kata-kata dari sahabat membuat aku terpikir. Dulu sume rembat dekat taman U. 5 hinggit je dah boleh dapat bundle software. Nak buku campak je kat kedai photostat tu, kemudian amik.

Belilah la mac. ia datang dengan free OSX..

p/s : gambar di atas tiada kena mengena dengann cerita.

Thursday, October 1, 2009

Kereta panjat cerun...



Kemalangan yang berlaku berhampiran dengan susur keluar Tanjung Malim arah utara. Sebenarnya aku hairan bagaimana kereta vios itu boleh memanjat cerun yang hampir setinggi 5 meter dan melepasi 'V' drain bersaiz 600mm itu.

Ajaib..

Sunday, September 6, 2009

Ahad..

"Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita."


"Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati."


"RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa."


"Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir."


"Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain."

Friday, May 15, 2009

Tired...


Today worked for 8 hours and traveling time for 8 hours. I'm tired and exhausted. die die..
Tomorrow has to work again. arghhhh Saturday.. Where is the freedom. ?

Today I learned new thing from a Mayor.. " don't try to be prefect, it is hard thing to do" then he said "actually everybody already knew that, when we plan somethings the results at the end will be totally different. This is the truth. So you must be prepared. To be prepared you must be planned. This is the circle but to end it , don't try to be prefect."

That's make sense but sound crazy too..

Thursday, May 7, 2009

Kuku kaki dan kehamilan..


Hari-hari di opis aku melihat lalu lalang ibu hamil bekerja. Perutnya kelihatan makin membesar dari sehari ke sehari. Rutin makannya juga semakin bertambah. Lagi dasyat aku lihat berbanding rakanku si pemuzik jalanan makan. Jika dulu aku rasa dia la yang paling hebat dalam bab mengenyangkan perut kini aku lihat si ibu mengandung lagi dasyat.

Satu hari dulu aku pernah bertanya. "Wah makan lagi"? Si ibu mengandung jawab "I makan untuk dua orang." Aku hanya tersenyum. " ooo itu macam ka", tapi di dalam hati takut aku melihatnya makan. Macam nak pecah perutnya tapi jika dipikir dari logik akal mestilah kena makan banyak sebab dua orang makan.

Hari ini aku tanya lagi, " wei u punya perut makin besar la." Dia menjawab, " ya la makin besar la. Mau potong kuku kaki pun susah." Aku pula, " hah???, kuku kaki". Dia pula. " ya la kuku kaki la, perut I makin besar, mau potong kuku kaki pun susah. Mana sampai mau tunduk." Hmm aku pun tak pernah terpikir pasal ni. Si suami kena la tolong si isteri.

Saturday, May 2, 2009

Hari-hari hari buruh..

Selamat hari buruh kepada semua yang bekerja. Seperti yang semua dah tau semalam adalah hari bekerja kerana semua orang yang bekerja sepatutnya bercuti tetapi masih ada sesetengah yang masih bekerja. Jalan-jalan di Shah Alam dan dalam perjalanan pulang ke kampung semalam hanya segelintir pekerja yang bekerja seperti;
  1. Pak Guard - membantu menjaga keselamatan (mungkin dapat membantu menakutkan pencuri di saat semua orang tidak bekerja)
  2. Cleaner MBSA - masih setia dengan penyapunya menyapu sampah yang bersepah di tepi tepi kedai. Kalau semua orang mempunyai kesedaran tidak membuang sampah merata-rata mungkin mak cik ini boleh kehilangan pekerjaan.
  3. Lori Sampah - kalau mereka ini tidak berkerja sehari sudah berbau busuk la kawasan persekitaran kediaman kita.
  4. Pelayan kedai mamak - masih bekerja sebab kedai mamak buka 24jam. Di saat hari raya pun mereka masih buka kedai. Kalau tutup abis la tempat lepak rakyat Malaysia.
  5. Toll collector - mereka juga masih setia mengutip toll dan semestinya cuti mereka akan di bekukan di saat cuti-cuti yang panjang.
  6. Polis trafik - menjaga kesesakan lalu lintas kerana semua rakyat Malaysia akan pulang ke kampung atau pergi melancong di dalam negara. Jam di lebuhraya semalam seperti musim perayaan.
Inilah orang yang masih bekorban pada hari bekerja di saat semua yang lain berehat menonton memanjangkan waktu tidur.

Khamis lepas bos ada bertanya. Labour day you buat apa. Aku jawab, Labour day kita buat demontrasi mintak naik gaji, minta bonus banyak, minta increment dan minta jangan jangan freezekan cuti bila nak apply. Bos aku hanya gelak dan aku berlalu pulang. huhuhu