skip to main |
skip to sidebar
Hari ini hari jumaat. Bangun pagi aku dah dapat rasakan aura kemalasan melanda diri aku. Keje yang dateline minggu lepas pun aku tak siapkan lagi. Aku memang ada tabiat suke buat keje lambat dan last minute. Dari zaman belajar lagi sampai la ari ni masih tetap begitu. Tapi aku dah berjaya membuang tabiat tidur sambil duduk yang hampir membuatkan aku hampir tidak memakai topi senget dengan jubah besar.
Seperti biasa Azian akan email pada hari jumaat seperti jumaat jumaat yang lepas, "ko sembahyang jumaat kat mana ari ni". Inilah ayat pancing yang dia selalu gunakan pada aku kalau nak ke masjid negara. Dia tak tau yang kocek aku ni dah tinggal lapan ringgit selepas semalam aku jumpa angpau tahun lepas tujuh ringgit dalam sampul yang masih bergam kemas. Aku rasa ni la duit yang aku nak bagi pada adik Munzir tahun lepas, tapi tergendala sebab adik dia lagi ramai dari jangkaan aku.
Semalam aku dah makan free untuk tengahari dan malam selepas aku buat ayat pancing pada Fariz dengan keadaan aku yang berduit tapi tidak. Hari ni aku balas email Azian, "naik kereta aku boleh, tapi aku ada lapan ringgit je ni. Kad atm aku hilang". Seperti yang aku jangka aku dapat makan ikan bakar free dengan bermodalkan kereta yang minyaknya aku tak pernah isi sejak minyak naik lagi. Makin jimat dan murah rezeki aku rasa sejak aku duduk dekat dengan opis.. heheheh
Ari esok sampai isnin aku nak cuba lagi guna ayat seringgit. Mungkin ada insan mulia yang nak belanja aku makan lagi. Amin...
Aku amik emergency leave bila deringan memanggil aku untuk pulang ke kampung. bunyinya seakan kecemasan yang boleh membuatkan lutut gigil, tangan berpeluh seperti lepas memanjat bangunan 10 tingkat yang dinding batunya baru separuh lutut diplaster. nak buat macam mana dah gayat. atas menyahut seruan kerajaan aku amik kenderaan awam untuk pulang. mungkin inilah masanya aku memikirkan tentang isi poket yang hamir berkurangan di pertengahan bulan.
Naik bas... dah lama rasanya aku tak naik bas. hampir 2 tahun sejak aku tamat pengajian di menara gading aku dah tak naik bas. bunyi macam berlagak kerja besar tak nak naik bas, tapi poket kering baru pikir nak naik bas. hentian pudu masih seperti 2 tahun dahulu, tapi bukan la sama sejak zaman dahulu di masa polis pun pakai seluar pendek lagi. tak banyak perubahan yang aku lihat. ulat tiket masih ada. tak sempat nak ke kaunter dan bersusun orang tanya aku nak pegi mana. aku layankan aje mereka sebab bagi aku lagi senang beli ngan mereka sebab bas dah siap menunggu kita. harga tiket dah naik dari dua tahun lepas. itu mmg seperti yang aku jangka. lepas minyak ngan beras naik takkan la harga tiket tak naik.
Dalam bas terpikir aku pasal tali pinggang keselamatan. kalau kerajaan dah nak wajibkan pakai tali pinggang bagi pasengger belakang kenapa tak pasang sekali tali pinggang untuk penumpang bas. kalau dijenguk pada angka kecederaan dan kematian, risiko pada penumpang bas lagi tinggi. sekali kalau bas tergolek mesti kecoh la satu malaysia. kalau di wajibkan mungkian la kurang selesa tapi mungkin juga boleh selamatkan nyawa. semoga takde la mereka yang tercampak keluar gaya ala superman terbang.
Esoknya semasa ingin pulang barulah terniat di hati nak keluarkan duit buat amal. sampai giliran depan atm machine muka dah mengelabah pucat lesi carik kad atm. bcb lesap, maybank lepas, jusco, bonus link, tesco pun lepas jugak. mula la aku tergaru garu kepala yang tak gatal berpikir ke mana pulak la hilangnya semua kad kad ajaib untuk keluarkan duit aku tuh. balik la aku ke ibu kota berbekalkan kepingan biru dan merah yang sememangnya ada dalam kocek. samdol mana pulak la yang berkenan dengan kad kad aku tuh. takkan la kad tesco pun nak rembat sekali. ni yang aku mula syak bukan bukan, mungkin juga aku cuai. redha je la....
Hari ni aku tinggal seringgit dalam kocek. masih lagi dapat meneruskan hidup dengan gembira. ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan manusia dalam rumah batu. roti minggu lepas masih lagi tak berusik. hmm... boleh lagi tahan seminggu aku tanpa kad ajaib.
Nama aku naik untuk committee AGM kompeni berhad ini. hairan aku dalam banyak banyak nama yang boleh dicalonkan, nama aku jugak naik. bukan aku tak mahu tapi banyak lagi perkara lain yang aku harus uruskan dari membuat keje keje amal ini. bukan mereka tak tau aku ada 2 date line ari ni. saje carik pasal dengan aku.
Aku pergi dengan kereta sendiri walaupun kompeni ini hujungnya ada berhad. kenapa aku tak boleh pakai kereta kompeni. munkin pangkat membezakan mereka yang wajar memandu kereta kereta yang bakal menyambut ulang tahun jubli gansa dan perak pada tahun ini. biarkan aje la. aku masih lagi memegang prinsip yang sering dibualkan oleh mereka mereka yang mencari rezeki bersama sama aku. "redha aje la". Kerja tetap diteruskan walau hati tidak keruan.
Hairan aku melihat mereka mereka yang digelar shareholder bersama dengan proxy yang datang pada majlis ini. datang dari jauh semata mata hendak mendapatkan baucher kfc yang nilainya pada aku lagi mahal dari minyak yang telah mereka gunakan. bila ada mereka yang berkelahi kerana baucher itu sudah aku bayangkan yang baucher itu lebih penting dari pembentangan di dalam meeting nanti.
Makin hairan lagi aku melihat mereka datang dengan beg beg yang besar dari beg tangan. mungkin banyak file yang mereka bawa tapi rupanya, untuk mengisi bekalan untuk dibawa pulang. belum pernah aku melihat orang membawa bekas makanan untk mengisi makanan semasa jamuan buffet di hotel sebelum ini. paling parah bila ada yang membawa 'plus' kecil untuk diisikan bihun goreng. pikir aku, arghh sebab itulah mereka kaya, kedekut rupanya. dari hampir 500 orang yang hadir, hampir separuh berperangai begitu. habis makanan ditapau pulang, borang aduan pun ditapau untuk dijual.. mungkin.. tiada siapa yang tahu.