Hari-hari di opis aku melihat lalu lalang ibu hamil bekerja. Perutnya kelihatan makin membesar dari sehari ke sehari. Rutin makannya juga semakin bertambah. Lagi dasyat aku lihat berbanding rakanku si pemuzik jalanan makan. Jika dulu aku rasa dia la yang paling hebat dalam bab mengenyangkan perut kini aku lihat si ibu mengandung lagi dasyat.
Satu hari dulu aku pernah bertanya. "Wah makan lagi"? Si ibu mengandung jawab "I makan untuk dua orang." Aku hanya tersenyum. " ooo itu macam ka", tapi di dalam hati takut aku melihatnya makan. Macam nak pecah perutnya tapi jika dipikir dari logik akal mestilah kena makan banyak sebab dua orang makan.
Hari ini aku tanya lagi, " wei u punya perut makin besar la." Dia menjawab, " ya la makin besar la. Mau potong kuku kaki pun susah." Aku pula, " hah???, kuku kaki". Dia pula. " ya la kuku kaki la, perut I makin besar, mau potong kuku kaki pun susah. Mana sampai mau tunduk." Hmm aku pun tak pernah terpikir pasal ni. Si suami kena la tolong si isteri.
3 comments:
hahahahaha. bukan setakat nak potong kuku kaki. nak trim bulu kat kaki pun susah maaaaa...
i like..suami kenela tolong2 ape yang patut..tu tanggungjawab suami sbb menghamilkan isteri..huahuahua..
aku suka jawapan perempuan hamil itu... hehehehe...
Post a Comment