Saturday, May 2, 2009

Hari-hari hari buruh..

Selamat hari buruh kepada semua yang bekerja. Seperti yang semua dah tau semalam adalah hari bekerja kerana semua orang yang bekerja sepatutnya bercuti tetapi masih ada sesetengah yang masih bekerja. Jalan-jalan di Shah Alam dan dalam perjalanan pulang ke kampung semalam hanya segelintir pekerja yang bekerja seperti;
  1. Pak Guard - membantu menjaga keselamatan (mungkin dapat membantu menakutkan pencuri di saat semua orang tidak bekerja)
  2. Cleaner MBSA - masih setia dengan penyapunya menyapu sampah yang bersepah di tepi tepi kedai. Kalau semua orang mempunyai kesedaran tidak membuang sampah merata-rata mungkin mak cik ini boleh kehilangan pekerjaan.
  3. Lori Sampah - kalau mereka ini tidak berkerja sehari sudah berbau busuk la kawasan persekitaran kediaman kita.
  4. Pelayan kedai mamak - masih bekerja sebab kedai mamak buka 24jam. Di saat hari raya pun mereka masih buka kedai. Kalau tutup abis la tempat lepak rakyat Malaysia.
  5. Toll collector - mereka juga masih setia mengutip toll dan semestinya cuti mereka akan di bekukan di saat cuti-cuti yang panjang.
  6. Polis trafik - menjaga kesesakan lalu lintas kerana semua rakyat Malaysia akan pulang ke kampung atau pergi melancong di dalam negara. Jam di lebuhraya semalam seperti musim perayaan.
Inilah orang yang masih bekorban pada hari bekerja di saat semua yang lain berehat menonton memanjangkan waktu tidur.

Khamis lepas bos ada bertanya. Labour day you buat apa. Aku jawab, Labour day kita buat demontrasi mintak naik gaji, minta bonus banyak, minta increment dan minta jangan jangan freezekan cuti bila nak apply. Bos aku hanya gelak dan aku berlalu pulang. huhuhu

1 comment:

Sahaini said...

wahai buruh, selamat berhari cuti.