Thursday, December 31, 2009

Goodbye 2009


Tak sampai lagi satu jam ke tahun 2010 masihi. Bermacam-macam perkara berlaku sepanjang 2009 yang merubah diri. Azam tahun 2009 untuk berkahwin dah tercapai. Penghijrahan diri yang paling besar pernah dilakukan dengan tanggungjawab yang lebih berat. "A successful man is a married man". ;)

Ekonomi 2009 menyebabkan banyak penghijrahan berlaku kerana kurang kasih sayang dari kompeni. Semuanya tinggal janji manis yang akan dibawa ke 2010. Aku pun akan berhijrah ke borneo dengan isteri tercinta. Walaupun ada offer yang bisa membuatkan ringgit terbit kat biji mata, keputusan sudah dibuat which keluarga didahulukan. Semoga rezeki di borneo lebih murah dengan mengutip epal di Ba' kelalan. Tidak perlu lagi pening kepala untuk memikirkan harga tiket untuk mengintip yang tercinta. Tinggallah memori di Ace Ventura, bak kata Yoke Bee " you came here as a boy and you left us as a man".

2010 akan menunggu penghijrahan aku ke borneo. Akan memulakan tugasan baru yang amat berlainan dari sekarang. Jika sekarang ini kita memaki orang, tugasan baru akan dimaki pula. Terpaksa la senyum dan buat muka selamba yang macam aku lihat sebelum ini. Ramai yang cakap it will be tough for you, tapi takpe ini mungkin cabaran 2010. Doakan semoga semuanya lancar.

Selamat tahun baru semua..

No comments: