Saturday, February 28, 2009

Tips Menjaga Mata..


Semalam aku pergi menjalani check up kali ke 2 untuk mata selepas appoinment kali pertama menunjukkan menunjukkan kemungkinan rabun aku ada kaitan denga brain power bukannya rabun biasa. Ini semua berpunca daripada sakit kepala yang berlarutan semenjak kerja di hadapan komputer sahaja. Seperti biasa aku amik cuti half day semalam dan sekali lagi bos tanya. 

Bos : "Cuti lagi ka, who approve your leave".
Aku : "You la. Last week you already approved my leave".
Bos : "ya ka, Haiya shit".
Aku : " hahahahahah"

Tak paham aku dengan bos aku ni. Tiap kali aku nak cuti je mesti menunjukkan aksi-aksi yang lawak. Macam mr bean pun ada jugak skit. heheheheh.. jangan marah arr bos.

Checkup kali ni lagi cepat dari yang pertama. Yang pertama lagi banyak alatan yang digunakan yang aku sendiri pun tak pernah tengok kat mana mana. Tapi yang pastinya mesti ada skrin yang ada tulisan dari yang paling besar ke yang paling kecik dan cermin mata yang boleh letak glass mengikut power. 

So, kesimpulan yang dapat dibuat dari checkup semalam ialah aku merupakan pengguna komputer yang lebih dari 8 jam sehari yang menyebabkan mata tertumpu pada objek dekat (monitor) pada masa yang lama. Ini telah menyebabkan otot mata kanan yang digunakan untuk padangan dekat lebih kuat dan seterusnya menyebabkan stress pada mata dan boleh menyebabkan juling sekiranya tidak menggunakan cara yang betul semasa menggunakan komputer. (ini yang aku paham la, term kedoktoran aku tak paham)

Oleh itu aku telah disarankan untuk agar menggunakan komputer secara sihat. 
  1. Menggunakan komputer selama 20 minit dan seterusnya merehatkan mata selama 20 saat dengan melihat ke objek yang jauhnya lebih dari 6 meter dan sebaiknya benda yang hijau.
  2. Kedudukan monitor haruslah 20 darjah ke bawah dari kedudukan mata di mana ini adalah untuk merehatkan mata dari stress dan kering. Kedudukan monitor ke bawah boleh membantu mata untuk blink dengan normal dan mengelakkan mata kering. 
  3. Pakai spek mata khas semasa menggunakan komputer sahaja. 
Dengan semua di atas aku rasa aku lebih prefer yang no. 3. Pakai spek je lagi senang aku rasa sebab kadang kadang kita tak perasan berapa lama kita di hadapan komputer. heheheh

p/s : Credit to Dr. Irman sebab checkkan mata aku... :) 


 

6 comments:

Anonymous said...

bagus tips ni.. hehe

kaduke said...

ko tuh dah rabun.. takpe kot. hahahah :P

Anonymous said...

Dr. Irman ke bg 3 tips tu? hhihihi

irmaputri said...

HUHU-aku ni lgih teruk dok ngadap komputer dr 8.30pg sampai 7mlm kat opis blk umah sampung buat report sampai kekadang 4pg...tu cam ner lak dr kaduk...faham2 la buat EIA..patut aku rasa sakit pala yor

Irwandi Sharif said...

Brief explanation bout rabun. Stu petua..minum air lobak...bleh sembuhkan rabun..yerker?

sistyah said...

kaduk sudah pakai spek...kaduk sudah ada blog???? nape aku tak tafuuuu....