Thursday, March 20, 2008

jalan-jalan a.k.a ngular


17 mar 2008

Hari senin yang menyebabkan aku dilanda sindrom 'monday sickness' . Aku menjadi malas tahap dewa yang menjurus aku pergi ke klinik kerana cirit birit. hehehe tak mintak mc pun doktor india bagi aku dengan nasihat, for today u can only have bread and poridge only. Aku hanya mengangguk lemah.

Selepas itu. Aku pegi opis dengan muka riang nak antar MC. Masuk opis member yang memandu pesona bukan miliknya terus sound " dude aku nak pegi sedenak esok, ko nak join?" Aku tersenyum dengan harapan aku dapat menghirup udara segar dari terperosak di dalam 'cube' semenjak hujung febuari lepas.

Terus aku masuk bilk bos yang tersilap panggil namanya TatSeng jenama selipar jepun. "Boss tomorrow i have to go to JB and have a appoinment with Nusajaya, MPJBT and JKR." Lelaki separuh abad itu hanya mampu tersenyum " ok u go and ask them for our c.o.w, bla bla bla". Aku hanya mendengar ayat 'u go' tuh pun dah cukup dengan ayat penutup "i mc for today bos..."

18 mar 2008

530 a.m aku dah bangun dan terus aku membangunkan budak yang memandu pesona bukan miliknya. Hanya bunyi perempuan yang mengangkat telefon dan aku tahu dia masih dalam mimpi.

Akhirnya 745 a.m barulah berangkat ke selatan dengan lagu HUjan di corong radio. Pagi itu ada 4 kemalangan di lebuhraya melibatkan lori sahaja. Hanya lori yang kesemuanya terperosak di dalam longkang yang pada pikiran aku pemandunya tertidur ayam tatkala embun jantan turun ke bumi.

Petang itu aku dah terpacak di universitas di selatan Malaysia. Ada janji dengan teman untuk 'copy' kepelbagaian benda dari teman ini. Aku tersenyum lagi apabila
teman ini juga melayan prison break seperti aku. Lalu dapat la aku meneruskan tontonan dengan bantuan teman ini. Teman itu pula aku janjikan dengan secankir pada kedatangan aku yang akan datang.

Malam itu aku tidak kembali ke ibu kota seperti yang dirancang. Aku melayan budak budak KFK yang sibuk dengan kedatangan konvokesyen pada Sabtu ini. Imbau kenangan silam waktu dulu. Aku pasti esok pagi telefon tidak akan berhenti berdering rindukan kepulanganku.


19 Mar 2008

Pagi itu apa yang aku jangkakan terjadi. Deringan demi deringan aku terima. Pelbagai kata kata manis terpaksa aku beri. Mereka terima tapi yang pasti aku baru ketahui hari Khamis cuti.

Aku belajar lagi ari itu. Kenapa kita perlu menunggu dan orang menunggu. Sehingga hari ini aku masih yakin apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya. Yang buruk atau baik semuanya ada cerita disebaliknya. Hanya kita perlu berfikir mengenainya.

Malam itu baru aku pulang dengan lelaki memandu pesona bukan miliknya. Sebelum itu temui semula teman teman lama yang aku sangat setia kekal di universitas selatan malaysia.

note tepi jalan : tamatkanlah pengajian, teruskan kehidupan..

3 comments:

rasso said...

yooo.... jumpa awek la tu... alasan jer nak sedut pecah penjara tu... wkakaka

Anonymous said...

tu la..jumpe awek tu...hehe..takpe bro..kalau ade pape lagi nak,bagitau aje dong...akan diusahakan...huhu....

wei rasse,org dari jauh pun dah jumpe aku,ko ni bile lagi...haha... lari lari~~

kaduke said...

wei korang. don't spread rumous. it will lead into something nasty. heheh