Tuesday, March 25, 2008

Terjebak aku


Hampeh. Aku tak tau bagaimana boleh terjebak dengan menatang ini. Semua gara gara aku mengexplore barang yang telah lama ditinggalkan. Hampir hilang seluruh hari cuti aku mengetuk ngetuk tikus agar nombor idaman akan keluar. Sungguh mengasyikkan.


Sehari suntuk jejari aku menggigil menjual ke sana ke mari. Dari satu negara ke satu negara aku jajahi. Pak polisi tidak aku hiraukan lagi. Pistol, rifel, kereta kebal dan jet pejuang koleksi peribadi. Sungguh mengasyikkan.

Aku mungkin sudah ke tali gantung jika menjualnya di sini.

note tepi jalan : Sayangi diri

Monday, March 24, 2008

Tsunami melanda


Suasana tenang pagi itu. Semua ceria selalu. Kicauan burung tidak kedengaran. Hanya bunyi keyboard komputer yang ditekan dengan rancak sambil sang tikus bergesel gesel.

Suasana tidak tenang lagi tengah hari itu. Deruman air kedengaran. Semua kaget. Kaget. Itu la kata kata wanita tunggal di kontinya. Mata memerhati melihat air mengalir deras terus memenuhi keseluruhan kawasan. Tidak kontang lagi.

Suasan ceria petang itu. Semua ceria selalu. Kerja yang banyak ditinggalkan. Kisah tsunami kedengaran di seluruh konti konti. Banyak yang mereka bincangkan. Tapi esok ada dateline lagi...

note tepi jalan : tangki air usang perlulah di tukarkan dengan yang baru.

Thursday, March 20, 2008

jalan-jalan a.k.a ngular


17 mar 2008

Hari senin yang menyebabkan aku dilanda sindrom 'monday sickness' . Aku menjadi malas tahap dewa yang menjurus aku pergi ke klinik kerana cirit birit. hehehe tak mintak mc pun doktor india bagi aku dengan nasihat, for today u can only have bread and poridge only. Aku hanya mengangguk lemah.

Selepas itu. Aku pegi opis dengan muka riang nak antar MC. Masuk opis member yang memandu pesona bukan miliknya terus sound " dude aku nak pegi sedenak esok, ko nak join?" Aku tersenyum dengan harapan aku dapat menghirup udara segar dari terperosak di dalam 'cube' semenjak hujung febuari lepas.

Terus aku masuk bilk bos yang tersilap panggil namanya TatSeng jenama selipar jepun. "Boss tomorrow i have to go to JB and have a appoinment with Nusajaya, MPJBT and JKR." Lelaki separuh abad itu hanya mampu tersenyum " ok u go and ask them for our c.o.w, bla bla bla". Aku hanya mendengar ayat 'u go' tuh pun dah cukup dengan ayat penutup "i mc for today bos..."

18 mar 2008

530 a.m aku dah bangun dan terus aku membangunkan budak yang memandu pesona bukan miliknya. Hanya bunyi perempuan yang mengangkat telefon dan aku tahu dia masih dalam mimpi.

Akhirnya 745 a.m barulah berangkat ke selatan dengan lagu HUjan di corong radio. Pagi itu ada 4 kemalangan di lebuhraya melibatkan lori sahaja. Hanya lori yang kesemuanya terperosak di dalam longkang yang pada pikiran aku pemandunya tertidur ayam tatkala embun jantan turun ke bumi.

Petang itu aku dah terpacak di universitas di selatan Malaysia. Ada janji dengan teman untuk 'copy' kepelbagaian benda dari teman ini. Aku tersenyum lagi apabila
teman ini juga melayan prison break seperti aku. Lalu dapat la aku meneruskan tontonan dengan bantuan teman ini. Teman itu pula aku janjikan dengan secankir pada kedatangan aku yang akan datang.

Malam itu aku tidak kembali ke ibu kota seperti yang dirancang. Aku melayan budak budak KFK yang sibuk dengan kedatangan konvokesyen pada Sabtu ini. Imbau kenangan silam waktu dulu. Aku pasti esok pagi telefon tidak akan berhenti berdering rindukan kepulanganku.


19 Mar 2008

Pagi itu apa yang aku jangkakan terjadi. Deringan demi deringan aku terima. Pelbagai kata kata manis terpaksa aku beri. Mereka terima tapi yang pasti aku baru ketahui hari Khamis cuti.

Aku belajar lagi ari itu. Kenapa kita perlu menunggu dan orang menunggu. Sehingga hari ini aku masih yakin apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya. Yang buruk atau baik semuanya ada cerita disebaliknya. Hanya kita perlu berfikir mengenainya.

Malam itu baru aku pulang dengan lelaki memandu pesona bukan miliknya. Sebelum itu temui semula teman teman lama yang aku sangat setia kekal di universitas selatan malaysia.

note tepi jalan : tamatkanlah pengajian, teruskan kehidupan..

Sunday, March 2, 2008

Hariku makin suram


Hari ini hampir genap 2 minggu aku tidak duduk lagi di tepi jalan. Hari hari ku terasa semakin gelap. Hanya duduk di depan komputer yang tiada talian hubunan ke dunia internet. Adus sungguh buhsan rasanya.

Mungkin ada hikmahnya. Tidak perlu lagi aku melihat cebisan mayat yang bergelimpangan. Tidak perlu lagi melihat kenderaan yang remuk berguling di tengah jalan. Tidak lagi aku perlu berpanas di tepi jalan.