Wednesday, February 13, 2008

basikal tua empat pagi...


Imbau kembali kenangan waktu bersama dengan engeneur eksober kereta dan lelaki konti duit yang malam itu mahu menikmati char kuew teaw yang perjalanannya memakan hampir lima ribu empat ratus saat memandu wira bukan milikku. Hampir larut jam dua belas abis mangkuk dijilat, sepuluh gelas air pekat hitam dan empat puluh puntung bersepah.

Engeneur eksober kemudiannya membawa ke tepi jalan menikmati panorama lelaki dan gadis jagung menunggang laju seperti siaran 999. Geli hati melihat lelaki dan gadis jagung tidak sayang nyawa selepas ada yang terbabas kepala di muka jalan tapi dibiarkan sahaja. Puntung bersepah lagi.

Empat pagi dari jelapang pagi menuju ke pulau mutiara kembali. Mata kuyu, engeneur eksober dan lelaki konti duit menyanyi nyanyi didalam wira bukan milikku. Sepi jadi riuh walaupun jalan malam itu tanpa kereta, bas dan lori laju. Wira bukan milikku sekadar laju lapan puluh kilo dalam malam hitam pekat.

Sepi tiba tiba sepi. Engeneur eksober sepi. Lelaki konti duit juga sepi. Basikal tua di tengah lebuhraya. Hairan, takut, kaget. Basikal tua dikayuh lelaki tua. Pernah aku lihat basikal ini dalam cerita P Ramlee. Semua sepi.

Misteri...

note tepi jalan : basikal tak boleh lalu dekat highway kecuali dengan kebenaran pihak yang betanggungjawab.

No comments: