Wednesday, February 13, 2008
basikal tua empat pagi...
Imbau kembali kenangan waktu bersama dengan engeneur eksober kereta dan lelaki konti duit yang malam itu mahu menikmati char kuew teaw yang perjalanannya memakan hampir lima ribu empat ratus saat memandu wira bukan milikku. Hampir larut jam dua belas abis mangkuk dijilat, sepuluh gelas air pekat hitam dan empat puluh puntung bersepah.
Engeneur eksober kemudiannya membawa ke tepi jalan menikmati panorama lelaki dan gadis jagung menunggang laju seperti siaran 999. Geli hati melihat lelaki dan gadis jagung tidak sayang nyawa selepas ada yang terbabas kepala di muka jalan tapi dibiarkan sahaja. Puntung bersepah lagi.
Empat pagi dari jelapang pagi menuju ke pulau mutiara kembali. Mata kuyu, engeneur eksober dan lelaki konti duit menyanyi nyanyi didalam wira bukan milikku. Sepi jadi riuh walaupun jalan malam itu tanpa kereta, bas dan lori laju. Wira bukan milikku sekadar laju lapan puluh kilo dalam malam hitam pekat.
Sepi tiba tiba sepi. Engeneur eksober sepi. Lelaki konti duit juga sepi. Basikal tua di tengah lebuhraya. Hairan, takut, kaget. Basikal tua dikayuh lelaki tua. Pernah aku lihat basikal ini dalam cerita P Ramlee. Semua sepi.
Misteri...
note tepi jalan : basikal tak boleh lalu dekat highway kecuali dengan kebenaran pihak yang betanggungjawab.
Monday, February 11, 2008
ketam bawah rumah..
penat bangat. pagi itu membawa diri bersama sang gitaris memantau jalan di utara. sang gitaris memandu pesona merah hati bukan milik diri.
perut keroncong tanda perlu diisi. teringat kata kata budak johor semasa sarapan pagi hari di warung tepi rumah penghibur malam. "kalau ko nak makan sedap try kedai bawah rumah dekat belah kanan gunung."
matahari terik itu pesona menuju ke tepi gunung ke kedai bawah rumah. punggung duduk di bawah rumah dan ketam masak merah dipinta pada gadis loghat kedah. gadis tersipu malu ditanya oleh sang gitaris. biasa la siapa tak kenal gitaris itu.
pagi ini. aku masih teringat dengan ketam bawah rumah. beringat ingat mahu ke sana lagi. makan ketam sampai sakit gigi.
Sunday, February 3, 2008
pundi penuh
mana ni. mana tempat isian petrolnya. sang gitaris di asak oleh aku. apa ko tak tau pundi aku dah penuh. sang gitaris buat buat tak tahu. muka selamba memandu pesona bukan miliknya. perit aku menahan. janjinya lagi 2 kilometer. tapi mengikut kiraan bukan sistem matrikku dah masuk 2000 langkah kami memandu. mana ni.. mana tempatnya. tempik aku pada sang gitaris. muka. muka semaknya memandang aku. kejap depan tuh je.
4000 langkah selepas itu dia berenti. dah turun!! tempiak sang gitaris.
aku turun. perghh biar betul. selera putus. pundi perlu menahan. jom masuk hihgway. bersih skit. pundi perlu menahan. dah penuh dah ni.
4000 langkah selepas itu dia berenti. dah turun!! tempiak sang gitaris.
aku turun. perghh biar betul. selera putus. pundi perlu menahan. jom masuk hihgway. bersih skit. pundi perlu menahan. dah penuh dah ni.
berjaya mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)