Sunday, September 6, 2009

Ahad..

"Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita."


"Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati."


"RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa."


"Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir."


"Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain."

Friday, May 15, 2009

Tired...


Today worked for 8 hours and traveling time for 8 hours. I'm tired and exhausted. die die..
Tomorrow has to work again. arghhhh Saturday.. Where is the freedom. ?

Today I learned new thing from a Mayor.. " don't try to be prefect, it is hard thing to do" then he said "actually everybody already knew that, when we plan somethings the results at the end will be totally different. This is the truth. So you must be prepared. To be prepared you must be planned. This is the circle but to end it , don't try to be prefect."

That's make sense but sound crazy too..

Thursday, May 7, 2009

Kuku kaki dan kehamilan..


Hari-hari di opis aku melihat lalu lalang ibu hamil bekerja. Perutnya kelihatan makin membesar dari sehari ke sehari. Rutin makannya juga semakin bertambah. Lagi dasyat aku lihat berbanding rakanku si pemuzik jalanan makan. Jika dulu aku rasa dia la yang paling hebat dalam bab mengenyangkan perut kini aku lihat si ibu mengandung lagi dasyat.

Satu hari dulu aku pernah bertanya. "Wah makan lagi"? Si ibu mengandung jawab "I makan untuk dua orang." Aku hanya tersenyum. " ooo itu macam ka", tapi di dalam hati takut aku melihatnya makan. Macam nak pecah perutnya tapi jika dipikir dari logik akal mestilah kena makan banyak sebab dua orang makan.

Hari ini aku tanya lagi, " wei u punya perut makin besar la." Dia menjawab, " ya la makin besar la. Mau potong kuku kaki pun susah." Aku pula, " hah???, kuku kaki". Dia pula. " ya la kuku kaki la, perut I makin besar, mau potong kuku kaki pun susah. Mana sampai mau tunduk." Hmm aku pun tak pernah terpikir pasal ni. Si suami kena la tolong si isteri.

Saturday, May 2, 2009

Hari-hari hari buruh..

Selamat hari buruh kepada semua yang bekerja. Seperti yang semua dah tau semalam adalah hari bekerja kerana semua orang yang bekerja sepatutnya bercuti tetapi masih ada sesetengah yang masih bekerja. Jalan-jalan di Shah Alam dan dalam perjalanan pulang ke kampung semalam hanya segelintir pekerja yang bekerja seperti;
  1. Pak Guard - membantu menjaga keselamatan (mungkin dapat membantu menakutkan pencuri di saat semua orang tidak bekerja)
  2. Cleaner MBSA - masih setia dengan penyapunya menyapu sampah yang bersepah di tepi tepi kedai. Kalau semua orang mempunyai kesedaran tidak membuang sampah merata-rata mungkin mak cik ini boleh kehilangan pekerjaan.
  3. Lori Sampah - kalau mereka ini tidak berkerja sehari sudah berbau busuk la kawasan persekitaran kediaman kita.
  4. Pelayan kedai mamak - masih bekerja sebab kedai mamak buka 24jam. Di saat hari raya pun mereka masih buka kedai. Kalau tutup abis la tempat lepak rakyat Malaysia.
  5. Toll collector - mereka juga masih setia mengutip toll dan semestinya cuti mereka akan di bekukan di saat cuti-cuti yang panjang.
  6. Polis trafik - menjaga kesesakan lalu lintas kerana semua rakyat Malaysia akan pulang ke kampung atau pergi melancong di dalam negara. Jam di lebuhraya semalam seperti musim perayaan.
Inilah orang yang masih bekorban pada hari bekerja di saat semua yang lain berehat menonton memanjangkan waktu tidur.

Khamis lepas bos ada bertanya. Labour day you buat apa. Aku jawab, Labour day kita buat demontrasi mintak naik gaji, minta bonus banyak, minta increment dan minta jangan jangan freezekan cuti bila nak apply. Bos aku hanya gelak dan aku berlalu pulang. huhuhu

Wednesday, March 18, 2009

Cuti-cuti...


Hmmm, hari ini cuti separuh hari, tapi kepala sudah melayang tidak mahu kerja. Barang sudah pun di packing, harapnya tiada yang tertinggal di belakang. List barang untuk dibawa pergi ;
  • Body kamera - check
  • zoom lense - check
  • wide lense - check
  • baterry charger - check
  • cf card 1+1 - check
  • speed lite - check
  • AA battery 12 packs - check
  • extension wire - later this afternoon
  • tripod - check
  • tripod base - check..mende ni selalu tertinggal
  • baju- baju - check.. ni kalau tak cukup kena beli la nampaknya...
  • macbook - still thinking perlu atau tidak untuk dibawa
  • external hard drive - check
  • handphone - check.. tapi kalau ada blackberry lagi cun..
  • tukar duit - check.. tak cukup gores aje..
Harapnya tiada la mende penting dari kamera yang tertinggal. Selalunya benda benda yang kecik selalunya tertinggal. Contohnya Cf card dan tripod base.. heheheh

Saturday, February 28, 2009

Tips Menjaga Mata..


Semalam aku pergi menjalani check up kali ke 2 untuk mata selepas appoinment kali pertama menunjukkan menunjukkan kemungkinan rabun aku ada kaitan denga brain power bukannya rabun biasa. Ini semua berpunca daripada sakit kepala yang berlarutan semenjak kerja di hadapan komputer sahaja. Seperti biasa aku amik cuti half day semalam dan sekali lagi bos tanya. 

Bos : "Cuti lagi ka, who approve your leave".
Aku : "You la. Last week you already approved my leave".
Bos : "ya ka, Haiya shit".
Aku : " hahahahahah"

Tak paham aku dengan bos aku ni. Tiap kali aku nak cuti je mesti menunjukkan aksi-aksi yang lawak. Macam mr bean pun ada jugak skit. heheheheh.. jangan marah arr bos.

Checkup kali ni lagi cepat dari yang pertama. Yang pertama lagi banyak alatan yang digunakan yang aku sendiri pun tak pernah tengok kat mana mana. Tapi yang pastinya mesti ada skrin yang ada tulisan dari yang paling besar ke yang paling kecik dan cermin mata yang boleh letak glass mengikut power. 

So, kesimpulan yang dapat dibuat dari checkup semalam ialah aku merupakan pengguna komputer yang lebih dari 8 jam sehari yang menyebabkan mata tertumpu pada objek dekat (monitor) pada masa yang lama. Ini telah menyebabkan otot mata kanan yang digunakan untuk padangan dekat lebih kuat dan seterusnya menyebabkan stress pada mata dan boleh menyebabkan juling sekiranya tidak menggunakan cara yang betul semasa menggunakan komputer. (ini yang aku paham la, term kedoktoran aku tak paham)

Oleh itu aku telah disarankan untuk agar menggunakan komputer secara sihat. 
  1. Menggunakan komputer selama 20 minit dan seterusnya merehatkan mata selama 20 saat dengan melihat ke objek yang jauhnya lebih dari 6 meter dan sebaiknya benda yang hijau.
  2. Kedudukan monitor haruslah 20 darjah ke bawah dari kedudukan mata di mana ini adalah untuk merehatkan mata dari stress dan kering. Kedudukan monitor ke bawah boleh membantu mata untuk blink dengan normal dan mengelakkan mata kering. 
  3. Pakai spek mata khas semasa menggunakan komputer sahaja. 
Dengan semua di atas aku rasa aku lebih prefer yang no. 3. Pakai spek je lagi senang aku rasa sebab kadang kadang kita tak perasan berapa lama kita di hadapan komputer. heheheh

p/s : Credit to Dr. Irman sebab checkkan mata aku... :) 


 

Tuesday, February 24, 2009

Wasabi...


Wasabi (Japanese: わさび,ワサビ , 山葵 (originally written 和佐比); Wasabia japonica , Cochlearia wasabi, or Eutrema japonica) is a member of the Brassicaceae family, which includes cabbages, horseradish and mustard. Known as "Japanese horseradish", its root is used as a spice and has an extremely strong flavour. Its hotness is more akin to that of a hot mustard than the capsaicin in a chili pepper, producing vapors that irritate the nasal passages more than the tongue. The plant grows naturally along stream beds in mountain river valleys in Japan. There are also other species used, such as W. koreana, and W. tetsuigi. The two main cultivars in the marketplace are W. japonica cv. 'Daruma' and cv. 'Mazuma', but there are many others.

Minggu lepas makan makan di Shushi King sempena kedatangan sepupuku yang ingin terbang ke menara gading nun jauh ke INDIA. Dinner kali ini disertai bersama kebar dan ajis yang menemani kami masa survey laptop untuk bakal doktor. Punya la banyak kedai kami survey sehingga la doktor pun dah tak tau nak pilih mana satu. Cadangan kami suruh si doktor beli je kat India sebab setau kami India ni advance dalam IT. Tapi ditolak mentah mentah kerana tak tau cakap India katanya. hahaha

Selepas survey laptop ternampak plak Shushi King. Oleh kerana agak lama rasanya dah tak makan shushi ajis mencadangkan agar kami makan dinner kat situ je. Aku pun layankan aje sebab menarik jugak makan shushi ni, hehehehe. Lagi pun ini merupakan pelaburan untuk bakal doktor memberikan kami buku cuti sakit yang telah siap ditandatangani selepas dia grad nanti.

Acara makan malam tuh di menarikkan lagi dengan acara makan wasabi dengan banyaknya. Tak sangka plak aku setong wasabi tu hampir di abiskan oleh ajis yang kelihatan memakan wasabi seperti sambal tempoyak. Daripada wasabi di campurkan dengan kicap sehinggalah wasabi dicalit terus seperti makan peanut butter dari botolnya. Kemuncak acara pula mencabar semua orang untuk memakan sushi yang disaluti dengan daun wasabi dan juga direndam dalam wasabi yang telah bercampur dengan kicap.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada acara terakhir ialah semakin banyak anda memakan wasabi semakin hilanglah rasa pelik daripada memakan wasabi itu. Rasa macam makan pasir akhirnya.