Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

New toy camera..


Akhirnya telah ku beli jua the new toy camera for myself. Gambarnya boleh la dibuat suka suka gaya lomo. Nama pun toy camera. Ada la jua ku kamera di Miri nie.

Skop kerja sekarang semakin meluas. Pelbagai kerja akan dilakukan. Sedang membuat draf untuk website kompeni. Semoga berjaya la KPI untuk tahun ni. Kalau tercapai semoga ada la bonus. Boleh update peralatan kebunku.

Minggu depan akan ke Bakelalan untuk apple festival. Akan update kemudian hari.

Saturday, October 3, 2009

Antara Hak dan Keberkatan...

Dua hari lepas aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan lama.

rakan : hello geng apa bikin?
aku : lar ko ke lama tak dengar citer.
rakan : hahah ingat lagi ke sama aku geng. so macam mana geng yang lain.
aku : sume ada lagi. ko sarang je yang dah lama pegi.
rakan : ok ok.. hmm i nak inform you all la. You all been suspected using illegal software.
aku : yer ke. macam mana tuh.
rakan : haiya kawan. sume projek lu olang sapu tapi license ada 2 aje.yang zaman window 95 you all ada satu. yang baru pun bukan full version.tapi sume project lu orang angkat. mesti suspec maaa...
aku : hahahaha yer ke. abis la macam ni. so macam mana.
rakan : macam ni. kami akan buat spot check to all premises. not only you all. tarikh tak confirm lagi. apa kata you all upgrade je. takde la orang queries.
aku : OK ok ... nanti ko faxkan aku quotation berapa.
rakan : ok geng. i bagi tau you awal. nanti senang. orang lain I nak serbu je.
aku : ok ok .. nanti ko belanja aku makan.. hahahah
rakan : ok geng bye.. say hi to all ..
aku : ok bye. jangan curi pokok aku kat barn buddy. ..
rakan : hahahahaha

Selepas panggilan ini nampaknya aku terpaksa la membeli yang original. Memang dah lama aku suruh mereka beli yang original new version. Tapi sume alasan takde budget. Dah dua tahun aku suruh patutnya dah ada budget untuk membeli yang original.

Kemudian semalam seorang lagi sahabat menyuarakan lagi pendapat berhubung dengan kes ini. Dia sms aku.

sahabat : Hmm bagus la klu nak beli. Aku pun dah pening dengan software haram ni. Dalam Islam apa hukum dia aaa..?
aku : aaaaa..
sahabat : Habis tuh berkat ke kerja kita bro? Dah la time study banyak pakai buku photostat...
aku : Hmm....

Kata-kata dari sahabat membuat aku terpikir. Dulu sume rembat dekat taman U. 5 hinggit je dah boleh dapat bundle software. Nak buku campak je kat kedai photostat tu, kemudian amik.

Belilah la mac. ia datang dengan free OSX..

p/s : gambar di atas tiada kena mengena dengann cerita.

Saturday, May 2, 2009

Hari-hari hari buruh..

Selamat hari buruh kepada semua yang bekerja. Seperti yang semua dah tau semalam adalah hari bekerja kerana semua orang yang bekerja sepatutnya bercuti tetapi masih ada sesetengah yang masih bekerja. Jalan-jalan di Shah Alam dan dalam perjalanan pulang ke kampung semalam hanya segelintir pekerja yang bekerja seperti;
  1. Pak Guard - membantu menjaga keselamatan (mungkin dapat membantu menakutkan pencuri di saat semua orang tidak bekerja)
  2. Cleaner MBSA - masih setia dengan penyapunya menyapu sampah yang bersepah di tepi tepi kedai. Kalau semua orang mempunyai kesedaran tidak membuang sampah merata-rata mungkin mak cik ini boleh kehilangan pekerjaan.
  3. Lori Sampah - kalau mereka ini tidak berkerja sehari sudah berbau busuk la kawasan persekitaran kediaman kita.
  4. Pelayan kedai mamak - masih bekerja sebab kedai mamak buka 24jam. Di saat hari raya pun mereka masih buka kedai. Kalau tutup abis la tempat lepak rakyat Malaysia.
  5. Toll collector - mereka juga masih setia mengutip toll dan semestinya cuti mereka akan di bekukan di saat cuti-cuti yang panjang.
  6. Polis trafik - menjaga kesesakan lalu lintas kerana semua rakyat Malaysia akan pulang ke kampung atau pergi melancong di dalam negara. Jam di lebuhraya semalam seperti musim perayaan.
Inilah orang yang masih bekorban pada hari bekerja di saat semua yang lain berehat menonton memanjangkan waktu tidur.

Khamis lepas bos ada bertanya. Labour day you buat apa. Aku jawab, Labour day kita buat demontrasi mintak naik gaji, minta bonus banyak, minta increment dan minta jangan jangan freezekan cuti bila nak apply. Bos aku hanya gelak dan aku berlalu pulang. huhuhu

Saturday, February 28, 2009

Tips Menjaga Mata..


Semalam aku pergi menjalani check up kali ke 2 untuk mata selepas appoinment kali pertama menunjukkan menunjukkan kemungkinan rabun aku ada kaitan denga brain power bukannya rabun biasa. Ini semua berpunca daripada sakit kepala yang berlarutan semenjak kerja di hadapan komputer sahaja. Seperti biasa aku amik cuti half day semalam dan sekali lagi bos tanya. 

Bos : "Cuti lagi ka, who approve your leave".
Aku : "You la. Last week you already approved my leave".
Bos : "ya ka, Haiya shit".
Aku : " hahahahahah"

Tak paham aku dengan bos aku ni. Tiap kali aku nak cuti je mesti menunjukkan aksi-aksi yang lawak. Macam mr bean pun ada jugak skit. heheheheh.. jangan marah arr bos.

Checkup kali ni lagi cepat dari yang pertama. Yang pertama lagi banyak alatan yang digunakan yang aku sendiri pun tak pernah tengok kat mana mana. Tapi yang pastinya mesti ada skrin yang ada tulisan dari yang paling besar ke yang paling kecik dan cermin mata yang boleh letak glass mengikut power. 

So, kesimpulan yang dapat dibuat dari checkup semalam ialah aku merupakan pengguna komputer yang lebih dari 8 jam sehari yang menyebabkan mata tertumpu pada objek dekat (monitor) pada masa yang lama. Ini telah menyebabkan otot mata kanan yang digunakan untuk padangan dekat lebih kuat dan seterusnya menyebabkan stress pada mata dan boleh menyebabkan juling sekiranya tidak menggunakan cara yang betul semasa menggunakan komputer. (ini yang aku paham la, term kedoktoran aku tak paham)

Oleh itu aku telah disarankan untuk agar menggunakan komputer secara sihat. 
  1. Menggunakan komputer selama 20 minit dan seterusnya merehatkan mata selama 20 saat dengan melihat ke objek yang jauhnya lebih dari 6 meter dan sebaiknya benda yang hijau.
  2. Kedudukan monitor haruslah 20 darjah ke bawah dari kedudukan mata di mana ini adalah untuk merehatkan mata dari stress dan kering. Kedudukan monitor ke bawah boleh membantu mata untuk blink dengan normal dan mengelakkan mata kering. 
  3. Pakai spek mata khas semasa menggunakan komputer sahaja. 
Dengan semua di atas aku rasa aku lebih prefer yang no. 3. Pakai spek je lagi senang aku rasa sebab kadang kadang kita tak perasan berapa lama kita di hadapan komputer. heheheh

p/s : Credit to Dr. Irman sebab checkkan mata aku... :) 


 

Tuesday, November 25, 2008

Holiday..


Sula 2 minggu talak update. Haiya macam macam sula jadik. Wang masuk kemudian terbang balik. Talak Ong la ini dua minggu. Langgar itu anjing ka musang ka pun talak tau. Tapi itu radiator sama bumper pun sula hancuss. Haiya..

Ari Isnin sama Selasa wa sula cuti. Manyak syok rasa mau sambung lagi sampai Jumaat dan seterusnya. Ini time cuti talak ada orang call pasal kilija. Itu pasal manyak syok. Tapi ada orang antar email kasik tunda meeting pasal wa sula cuti. Haiya manyak malas mau pegi itu meeting maa.

Ini 2 minggu wa sula belajar satu perkara. Kalau lu orang drive dekat itu highwat PLUS and ada langgar objek, binatang atau yang sewaktu denganya dan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan bolehlah menelefon 1800-88-0000 mintak bantuan. Kemudian PLUS Ronda akan datang angkat gambar dan lu olang boleh kena isi borang dekat itu PLUS. Semua kerosakan akan ditanggung oleh PLUS sebab mana boleh ada objek atau binatang atas itu highway. Lu olang boleh fight pasal ini barang.

Semoga semua selamat..

Monday, March 24, 2008

Tsunami melanda


Suasana tenang pagi itu. Semua ceria selalu. Kicauan burung tidak kedengaran. Hanya bunyi keyboard komputer yang ditekan dengan rancak sambil sang tikus bergesel gesel.

Suasana tidak tenang lagi tengah hari itu. Deruman air kedengaran. Semua kaget. Kaget. Itu la kata kata wanita tunggal di kontinya. Mata memerhati melihat air mengalir deras terus memenuhi keseluruhan kawasan. Tidak kontang lagi.

Suasan ceria petang itu. Semua ceria selalu. Kerja yang banyak ditinggalkan. Kisah tsunami kedengaran di seluruh konti konti. Banyak yang mereka bincangkan. Tapi esok ada dateline lagi...

note tepi jalan : tangki air usang perlulah di tukarkan dengan yang baru.