Thursday, February 19, 2009

Treasure Hunter...




Sepanjang dua minggu lepas banyak perkara yang berlaku. Dari berpindah ke opis baru sehinggalah mencari harta karun seantero Kuala Lumpur.

Pencarian harta karun dimulakan seawal jam 530 pagi. Bertolak dari taman desa ke Lembah Beringin. Kami adalah kumpulan yang pertama tiba dikaunter pendaftaran tetapi yang terakhir akan berlepas berdasarkan kepada tarikh pendafataran. Pengagihan kerja dibahagikan dengan Peje sebagai pemandu rally terhebat, Ikbal sebagai The Great Navigator dan aku bersama Kebar sebagai head cracker.

Pagi itu dimulakan dengan sarapan nasik goreng dan sandwich. Sungguh kelaparan kerana kami semua kuar awal pagi. Selepas briefing oleh Orlando pencarian dimulakan pada jam 830. Set 1 soalan umum yang berkisarkan pengetahuan am seluruh dunia dari sejarah sehinggalah perkembangan terkini dunia. Semua soalan hampir berjaya dijawab dengan bantuan google earth dan panggilan telefon kepada kawan kawan. Dengan bantuan pemandu rally kami, kami berjaya memotong beberapa buah kereta di selekoh tajam dan berjaya merapatkan kedudukan daripada tempat yang terakhir (tempat ke 26) ke kelompok pertengahan.

Set ke 2 soalan adalah mencari papan tanda yang berkenaan dengan pelbagai teka teki yang unik. Hampir pecah otak memikirkannya sehingga pemandu terpaksa melakukan beberapa aksi pemanduan profesional yang menakjubkan. Pelbagai halangan berjaya ditempuhi dengan perbincangan yang bernas bersama sama dengan ahli kumpulan dengan berselang seli kata kata makian. Fasa satu perlumbaan bermula dari KYUEM sehingga ke Rawang melalui, Bukit Beruntung dan Rasa. Kami bernasib baik kerana kebar hampir sepuluh kali meyakinkan bahasa " jangan risau kita takkan sesat, ini kawasan aku'. Ini adalah kawasan-kawasan yang selalui dilaluinya semasa mengularkan diri daripada site.

Tiba di check point pertama berjumpa dengan game master kami semakin yakin dengan prestasi kumpulan yang berjaya memotong kereta yang keempat di awal awal perlumbaan. Game Master telah memberikan teka teki yang berlandaskan binatang yang 'haram' dan menyebabkankami tidak mampu menjawabnya kerana tidak sanggup menyamak tangan selepas itu. Pemburuan diteruskan tanpa berjaya menjawab teka teki game master.

Tiba di Selayang kami semakin yakin dan menyebabkan ada sedikit riak terpancar di wajah masing masing dan menyebabkan terperangkap di kesesakan jalan raya dan hampir tersesat. Lalu The great navigator menyarankan agar kami tidak riak kerana jika riak kami akan sesat. Dengan bantuan kereta savy merah kami berjaya pulang ke pangkal jalan setelah hampir setengah jam terpesong dari jalan yang benar. Ya Allah ampukanlah dosa dosa kami.

Perjalanan di teruskan ke kawsan Hulu Kelang, Wangsa Maju, Titiwangsa dan Ampang. Kini giliran Peje pula menunjukkan belangnya dengan berkata, " ini kawasan aku, jangan risau kita takkan sesat". Kata-kata ini dibuktikan dengan memotong beberapa buah kereta hunter lain tanpa menghiraukan traffic dari arah bertentangan.

Kini masa untuk mencari treasure yang diidamkan umpama cerita komik one piece. Teka teki yang begitu unik bersama sama dengan gambarajah yang mengelirukan. Hampir juling mata kami mencari pokok pokok yang kelihatan serupa seperti gambarajah dari Ampang sehingga ke Hospital Sungai Buloh. Kerana masa tidak mengizinkan, kami terpaksa meneruskan perjalanan ke hentian rehat Rawang untuk berjumpa dengan game master.

Tiba di hentian rehat Rawang, game master telah pun menunggu dengan muka ceria dan menyatakan bahawa kami kumpulan yang ke 6 tiba. Dia memberikan sehelai kertas kosong dengan tulisan " i'm cold, heat me and i will give you bonus". Sekali lagi kami dimainkan dengan kata kata oleh game master. Akan tetapi setelah di provoke oleh kebar aku pun membakar kertas itu tanpa belas kasihan. Rupanya jawapan akan terpancar daripada kertas itu sekiranya ia di panaskan dan bukannya dibakar. Method yang kami gunakan hampir berjaya tetapi kertas itu telah terbakar separuh dan jawapannya tidak dapat dilihat.

Kami menamatkan pencarian setengah jam awal dari yang dijangka dan tidak mengaharapkan mendapat apa apa hadiah kecuali tempat pertama. hahahaha

Upacara penyampaian hadiah diadakan secara gilang gemilang dengan beberapa persembahan dari murid KYUEM sehingggalah ke staff mereka. Dan kami pulang dengan membawa baucher Jusco berjumlah RM500 pada tempat yang ke 5. Alhamdulillah....



Kesempatan ini kepada rakan-rakan yang mengenali Aqsha diharap dapat mendoakan beliau agar cepat sembuh. Dia ditimpa kecelakaan ketika pulang dari tempat kerja pada jam 10 malam lebih kurang. Motosikal yang ditunggang telah dilanggar oleh sebuah BMW dan pemandu BMW itu terus menghilangkan diri. Kes langgar lari. Hampir 5 hari dia terlantar di dalam ICU dengan 5 batang rusuk kiri, jari kelingking dan bahu kiri patah. Semoga cepat sembuh, boleh kita main paintball lagi tahun ni.


Wednesday, January 28, 2009

Long weekend..


Happy Chinese New Year to all people around the world. Its time for fireworks as I remember. This year the sound of bang bumm bang is not really noisy as last year and I can sleep on the midnight peacefully (quite sad). Last year a lots of colorful fireworks in the sky when it reach midnight and blast of firecrackers at every houses that celebrating the new year. I miss that...

I working today. I wish I could buy three day of leave and get the ten days and have a really long holidays. But today have some appointment to attend. Why did they want to have meeting today. Haiyaaa sume olang pun cuti maaa... Hampeh..

Monday, January 19, 2009

AJL -23 Winner... Lagu Untukmu



Congratulation to Meet Uncle Hussain as a winner for AJL-23. Indie bands rocks..

Lagu Untukmu..

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

(Chorus)
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

(Chorus)

Tak faham tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa... hoa... hoa...

(Chorus)

Saturday, January 17, 2009

Rustic Malaysia - series in pen & ink..


This is a very stunning drawings from a Malaysian artist A.R. Matop. The drawings is series from Pen & Ink. Do visit to the virtual studio @ http://www.malaysia-on-paper.com/ or you can visit the art gallery at Pucuk Rebung, KLCC and KLIA. They also available at the art Plaza Mount Kiara art bazaar on the weekend.

For more info please email to rashidtop@gmail.com

Sunday, January 4, 2009

Pembukaan Episod Memancing 2009..

Seri Bayu

Rohu yang tumpas

Memulakan episod memancing pada tahun 2009 dengan jayanya. Berjaya menaikkan ikan Rohu yang tidak dapat dipastikan beratnya. Sangat berpuas hati setelah berjaya mengalahkan King Seri Bayu 2008 yang terkandas pada episod kali ini tanpa sebarang tangkapan. hahaha

Perjalanan dimulakan seawal jam 7 pagi dengan berbekalkan 3 bungkus nasi lemak tepi shell. Tiba di kolam pemancingan sekitar jam 8 pagi dengan suasana kabus pagi semakin hilang di bawah sinaran matahari. Kolam hari ini sangat meriah de
ngan kelibat patin yang menari-nari di permukaan sambil mengibaskan ekornya ibarat sang duyung dalam kegembiraan.

Balingan pertama dimulakan dengan bacaan bismillah dengan harapan dapat menaikkan patin 10 kilo. hahaha. Kemudian nasi lemak menjadi hidangan wajib kerana pantang menaikkan ikan sebelum nasi lemak habis dimakan.

Joran King membuka tirai sentapan pertama yang memecah keheningan pagi dengan bunyi drag yang nyaring. Malangnya tali perambut putus ta
nda tiada rezeki kali ini. Kemudian drag otai penang yang baru pulang dari pertapaan selama 6 bulan di penang pula yang berbunyi dan menaikkan seekor talapia merah yang bakal di masak stim. Joran aku masih sepi.

Selang 45 minit joran king berbunyi lagi membuatkan semua pemancing yang berjiran rungsing. Tapi malangnya terlepas. Kalau sifoo ada dah kena 'b
odo' dah.

Selang 15 minit jorang king berbunyi lagi. Ini dah membuatkan aku panas. Tak berkesan nampaknya umpan dedak yang dibeli di kaunter masuk tadi. Tapi malang buat kali ketiga bagi king putus pula mata kail. Ikan besar la kononnya. hahaha

Selepas itu otai penang pula menunjukkan belangnya dengan menaikkan rohu sepanjang lengan sambil ada terdengar kata-kata sindiran pada aku yang masih sunyi. Apa nak buat, ada rezeki ada la patin yang bakal tumpas. hahaha

Sebelum matahari tegak di atas kepala, akhirnya aku
berjaya menaikkan seekor rohu. Ada rezeki juga akhirnya. Parkinson tangan aku di buatnya kerana sudah lama tak turun ke kolam. Malang buat king kali ini kerana pulang tanpa sebarang tangkapan tidak seperti tahun lepas. Mungkin tahun 2009 ini pembukaan untuk melantik king yang baru bagi Seri Bayu.

Otai Penang sedang membaca mantera setelah pulang dari pertapaan

King yang tewas pada kali ini.

Saturday, January 3, 2009

Hepi besday prend..


Happy Birthday to Akbar @ kebare. Semoga panjang umur murah rezeki. Dia merupakan the most eligible bachelor for the time being. Sangat baik budaknya kira tak malu la kalau di bawa berjumpa dengan mak bapak. Keje pun ok. Masih single. Bersopan santun, berbudi bahasa dan baik budi bicara. Bagus budaknya akbar ni. Rajin baca surat khabar juga.

Recently on a trip to Gurun Kedah, I discovered a tuition center used Akbar and Yantie convocation picture in their banner. The pictures is taken from munzir's fotopages, I think. May be we should call this tuition center and ask for royalty, hahahaha. Below the banner picture taken with my phone.




Friday, January 2, 2009

Feeling Love..

another song to feel the love..

Lighthouse Family - High



When youre close to tears remember
Some day itll all be over
One day were gonna get so high
And though its darker than december
Whats ahead is a different colour
One day were gonna get so high

And at
The end of the day
Well remember the days
We were close to the edge
And well wonder how we made it through
And at
The end of the day
Well remember the way
We stayed so close to till the end
Well remember it was me and you

cause we are gonna be forever you and me
Youll always keep me flying high in the sky of love

Dont you think its time you started
Doing what we always wanted
One day were gonna get so high
cause even the impossible is easy
When we got each other
One day were gonna get so high

And at
The end of the day
Well remember the days
We were close to the edge
And well wonder how we made it through
And at
The end of the day
Well remember the way
We stayed so close to till the end
Well remember it was me and you

cause we are gonna be forever you and me
You will always keep me flying high in the sky of love

p/s: I'm still not in the mood to start work but people start calling. huhuhuh