Memulakan episod memancing pada tahun 2009 dengan jayanya. Berjaya menaikkan ikan Rohu yang tidak dapat dipastikan beratnya. Sangat berpuas hati setelah berjaya mengalahkan King Seri Bayu 2008 yang terkandas pada episod kali ini tanpa sebarang tangkapan. hahaha
Perjalanan dimulakan seawal jam 7 pagi dengan berbekalkan 3 bungkus nasi lemak tepi shell. Tiba di kolam pemancingan sekitar jam 8 pagi dengan suasana kabus pagi semakin hilang di bawah sinaran matahari. Kolam hari ini sangat meriah dengan kelibat patin yang menari-nari di permukaan sambil mengibaskan ekornya ibarat sang duyung dalam kegembiraan.
Balingan pertama dimulakan dengan bacaan bismillah dengan harapan dapat menaikkan patin 10 kilo. hahaha. Kemudian nasi lemak menjadi hidangan wajib kerana pantang menaikkan ikan sebelum nasi lemak habis dimakan.
Joran King membuka tirai sentapan pertama yang memecah keheningan pagi dengan bunyi drag yang nyaring. Malangnya tali perambut putus tanda tiada rezeki kali ini. Kemudian drag otai penang yang baru pulang dari pertapaan selama 6 bulan di penang pula yang berbunyi dan menaikkan seekor talapia merah yang bakal di masak stim. Joran aku masih sepi.
Selang 45 minit joran king berbunyi lagi membuatkan semua pemancing yang berjiran rungsing. Tapi malangnya terlepas. Kalau sifoo ada dah kena 'bodo' dah.
Selang 15 minit jorang king berbunyi lagi. Ini dah membuatkan aku panas. Tak berkesan nampaknya umpan dedak yang dibeli di kaunter masuk tadi. Tapi malang buat kali ketiga bagi king putus pula mata kail. Ikan besar la kononnya. hahaha
Selepas itu otai penang pula menunjukkan belangnya dengan menaikkan rohu sepanjang lengan sambil ada terdengar kata-kata sindiran pada aku yang masih sunyi. Apa nak buat, ada rezeki ada la patin yang bakal tumpas. hahaha
Sebelum matahari tegak di atas kepala, akhirnya aku berjaya menaikkan seekor rohu. Ada rezeki juga akhirnya. Parkinson tangan aku di buatnya kerana sudah lama tak turun ke kolam. Malang buat king kali ini kerana pulang tanpa sebarang tangkapan tidak seperti tahun lepas. Mungkin tahun 2009 ini pembukaan untuk melantik king yang baru bagi Seri Bayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ikan Rohu tu... kalau bakar memang sodap.
Post a Comment