Thursday, February 19, 2009
Treasure Hunter...
Sepanjang dua minggu lepas banyak perkara yang berlaku. Dari berpindah ke opis baru sehinggalah mencari harta karun seantero Kuala Lumpur.
Pencarian harta karun dimulakan seawal jam 530 pagi. Bertolak dari taman desa ke Lembah Beringin. Kami adalah kumpulan yang pertama tiba dikaunter pendaftaran tetapi yang terakhir akan berlepas berdasarkan kepada tarikh pendafataran. Pengagihan kerja dibahagikan dengan Peje sebagai pemandu rally terhebat, Ikbal sebagai The Great Navigator dan aku bersama Kebar sebagai head cracker.
Pagi itu dimulakan dengan sarapan nasik goreng dan sandwich. Sungguh kelaparan kerana kami semua kuar awal pagi. Selepas briefing oleh Orlando pencarian dimulakan pada jam 830. Set 1 soalan umum yang berkisarkan pengetahuan am seluruh dunia dari sejarah sehinggalah perkembangan terkini dunia. Semua soalan hampir berjaya dijawab dengan bantuan google earth dan panggilan telefon kepada kawan kawan. Dengan bantuan pemandu rally kami, kami berjaya memotong beberapa buah kereta di selekoh tajam dan berjaya merapatkan kedudukan daripada tempat yang terakhir (tempat ke 26) ke kelompok pertengahan.
Set ke 2 soalan adalah mencari papan tanda yang berkenaan dengan pelbagai teka teki yang unik. Hampir pecah otak memikirkannya sehingga pemandu terpaksa melakukan beberapa aksi pemanduan profesional yang menakjubkan. Pelbagai halangan berjaya ditempuhi dengan perbincangan yang bernas bersama sama dengan ahli kumpulan dengan berselang seli kata kata makian. Fasa satu perlumbaan bermula dari KYUEM sehingga ke Rawang melalui, Bukit Beruntung dan Rasa. Kami bernasib baik kerana kebar hampir sepuluh kali meyakinkan bahasa " jangan risau kita takkan sesat, ini kawasan aku'. Ini adalah kawasan-kawasan yang selalui dilaluinya semasa mengularkan diri daripada site.
Tiba di check point pertama berjumpa dengan game master kami semakin yakin dengan prestasi kumpulan yang berjaya memotong kereta yang keempat di awal awal perlumbaan. Game Master telah memberikan teka teki yang berlandaskan binatang yang 'haram' dan menyebabkankami tidak mampu menjawabnya kerana tidak sanggup menyamak tangan selepas itu. Pemburuan diteruskan tanpa berjaya menjawab teka teki game master.
Tiba di Selayang kami semakin yakin dan menyebabkan ada sedikit riak terpancar di wajah masing masing dan menyebabkan terperangkap di kesesakan jalan raya dan hampir tersesat. Lalu The great navigator menyarankan agar kami tidak riak kerana jika riak kami akan sesat. Dengan bantuan kereta savy merah kami berjaya pulang ke pangkal jalan setelah hampir setengah jam terpesong dari jalan yang benar. Ya Allah ampukanlah dosa dosa kami.
Perjalanan di teruskan ke kawsan Hulu Kelang, Wangsa Maju, Titiwangsa dan Ampang. Kini giliran Peje pula menunjukkan belangnya dengan berkata, " ini kawasan aku, jangan risau kita takkan sesat". Kata-kata ini dibuktikan dengan memotong beberapa buah kereta hunter lain tanpa menghiraukan traffic dari arah bertentangan.
Kini masa untuk mencari treasure yang diidamkan umpama cerita komik one piece. Teka teki yang begitu unik bersama sama dengan gambarajah yang mengelirukan. Hampir juling mata kami mencari pokok pokok yang kelihatan serupa seperti gambarajah dari Ampang sehingga ke Hospital Sungai Buloh. Kerana masa tidak mengizinkan, kami terpaksa meneruskan perjalanan ke hentian rehat Rawang untuk berjumpa dengan game master.
Tiba di hentian rehat Rawang, game master telah pun menunggu dengan muka ceria dan menyatakan bahawa kami kumpulan yang ke 6 tiba. Dia memberikan sehelai kertas kosong dengan tulisan " i'm cold, heat me and i will give you bonus". Sekali lagi kami dimainkan dengan kata kata oleh game master. Akan tetapi setelah di provoke oleh kebar aku pun membakar kertas itu tanpa belas kasihan. Rupanya jawapan akan terpancar daripada kertas itu sekiranya ia di panaskan dan bukannya dibakar. Method yang kami gunakan hampir berjaya tetapi kertas itu telah terbakar separuh dan jawapannya tidak dapat dilihat.
Kami menamatkan pencarian setengah jam awal dari yang dijangka dan tidak mengaharapkan mendapat apa apa hadiah kecuali tempat pertama. hahahaha
Upacara penyampaian hadiah diadakan secara gilang gemilang dengan beberapa persembahan dari murid KYUEM sehingggalah ke staff mereka. Dan kami pulang dengan membawa baucher Jusco berjumlah RM500 pada tempat yang ke 5. Alhamdulillah....
Kesempatan ini kepada rakan-rakan yang mengenali Aqsha diharap dapat mendoakan beliau agar cepat sembuh. Dia ditimpa kecelakaan ketika pulang dari tempat kerja pada jam 10 malam lebih kurang. Motosikal yang ditunggang telah dilanggar oleh sebuah BMW dan pemandu BMW itu terus menghilangkan diri. Kes langgar lari. Hampir 5 hari dia terlantar di dalam ICU dengan 5 batang rusuk kiri, jari kelingking dan bahu kiri patah. Semoga cepat sembuh, boleh kita main paintball lagi tahun ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
BMW langgaq Aqasha? Binatang sungguh BMW itu!
Semoga Aqasha tabah. Cepat sembuh.
Sabar ye Aqsha... Semua ni dugaan Allah S.W.T. Aku doa ko cepat sembuh.Aku terlalu jauh untuk melawat kamu.
Post a Comment