Monday, February 11, 2008

ketam bawah rumah..


penat bangat. pagi itu membawa diri bersama sang gitaris memantau jalan di utara. sang gitaris memandu pesona merah hati bukan milik diri.

perut keroncong tanda perlu diisi. teringat kata kata budak johor semasa sarapan pagi hari di warung tepi rumah penghibur malam. "kalau ko nak makan sedap try kedai bawah rumah dekat belah kanan gunung."

matahari terik itu pesona menuju ke tepi gunung ke kedai bawah rumah. punggung duduk di bawah rumah dan ketam masak merah dipinta pada gadis loghat kedah. gadis tersipu malu ditanya oleh sang gitaris. biasa la siapa tak kenal gitaris itu.

pagi ini. aku masih teringat dengan ketam bawah rumah. beringat ingat mahu ke sana lagi. makan ketam sampai sakit gigi.


5 comments:

Anonymous said...

sedapnyer ketam tu...
merah2 tu pedas tak

rasso said...

gila r...
wa lapa terus..
dah la tak makan lagi nie...

dietsasi jer memanjang :P

kaduke said...

rasso ; kalau nak makan jom kita ke juru. dekat je dude

yusrihashim said...

dimanakah lokasinya itu?

screamingsonic said...

sang gitaris baru tahu ader cerita kembara....